Wednesday, September 24, 2014

Pesanan Miss

Assalamualaikum semua......

Selamat menduduki peperiksaan akhir.......semoga Allah memberikan kejayaan kepada kamu semua.

Setelah hampir 4 bulan kamu belajar, inilah masa kemuncak untuk menentukan gred terbaik atas segala usaha kamu....Insyaallah, janji Allah adalah pasti....ada usaha yang betul caranya...pasti kejayaan menanti kamu semua.

Apa yang Miss nak pesan :

1. tetapkan niat kamu - belajar kerana Allah...ingin mendapat keredhaanNya......Jangan terlalu mengejar gred....jika anda target A....anda akan mendapat gred bawah A....Jika kita belajar kerna ingin kuasai ilmuNya, insyaallah kejayaan dalam genggaman kita.

2. Minta ampun dengan ibubapa kita...minta depa doakan untuk kita......jaga pergaulan dan jaga lah adab dengan pensyarah....( ketika ini kami amat sibuk dan penat - kalu Miss ( sibuk menanda quiz))

3. pagi2...sebelum pergi peperiksaan, bacalah surah Yassin, mohon dipermudahkan...mohon pertolongan Allah ketika kita menjawab soalan....mana tau nanti, nampak jek muka Miss semua formula ingat.....:)

4. Jika selepas menjawab...rasanya tidak begitu bagus...buatlah solat sunat taubat....mohonlah keampunan....doalah sebanyak mungkin...apa yang kita jawab itulah jawapan tepat.

5. sentiasa bersedia nak pergi peperiksaan, pastikan semua alatan ada....calculator .pemadam cthnya.....
p/s- kalu boleh, senaraikan semua formula yg kamu ingat dahulu sebelum menjawab soalan....nanti senang untuk rujuk.
p/s- jangan menimbulkan keraguan/ jangan meniru kerna buruk padahnya....

6. sepanjang musim peperiksaan, jaga solat...jaga Al- Quran...ingat..tiada yang penting selain solat. Anda dulukan Allah, Allah pasti 'ingat' kamu.

7. Selepas menjawab, jangan dikenang paper tersebut. Move on dengan subjek lain...perjuangan belum selesai, ingat tur...tawakal sahaja....dan terus berdoa...

8. habis semua subjek, jangan lupa doa lagi...sebab Miss dan rakan2 lain mulai menanda kertas, doakan kami lembut hati...doakan kami mudah kerja.......

9. Jangan tanya Miss mengenai keputusan...sebab apa, ia rahsia...sehinggalah keputusan rasmi keluar. Jika dah dapat result, percayalah itulah result terbaik untuk kamu, tiada kurang tiada lebih, sebab apa?...sebab Miss menanda dengan adil....insyaallah.

10. GOOD LUCK MY STUDENTS....REMEMBER YOU ARE THE BEST AMONG THE OTHERS....PROVE IT......



No comments:

Post a Comment